Sunday 1 April 2012

RESEPI PAVLOVA BY CHEF RADZI

Salam sejahtera pada anda semua yang sudi melawati blog ini,saya,Chef Radzi  mengalu-alukan  kunjungan anda moga ianya dapat memberi manafaat dan menjalinkan sillaturrahim sesame kita,lnsyaALLAH!

     Salam perkenalan pada para pengunjung semua.dikesempatan yang ada ini saya ingin berkongsi pengalaman2 saya sepanjang saya berkecimpung dalam bidang perhotelan dan  makanan,jatuh bangun dalam perniagaan dan paling pasti berkongsi ilmu masakan sekadar termampu yang ALLAH berikan pada saya sepanjang -+20 tahun dalam bidang ini,mungkin  ilmu yang akan saya kongsikan nanti tidaklah seberapa,mungkin dari segi penyampaiannya atau dari segi isipatinya tapi apa yang saya  perturunkan nanti adalah ikhlas dari saya kerana saya percaya dengan TIGA perkara ini,doa anak yang soleh,sedekah jariah dan ilmu yang manafaat.moga  mendapat keredaan dan rahmat dari ALLAH.

     Sebagai mukaddimah di ruangan ini saya akan kongsikan resepi yng makin menjadi kegilaan penggemar2 kek iaitu PAVLOVA,merupakan pemanis mulut yang di perbuat dari putih telur yang dicampurkan bersama gula tepung jagung ,manis dan rangup bila dibakar dengan suhu tertentu,”pure protein”.lanya dipanggil meringue yang apabila dibakar akan membentuk adunan yg crispy dan sangat enak dimakan ,dihias dengan whipped crean dan hirisan buah-buahan imported yang segar seperti strawberry,blueberry,kiwi,grape pelbagai warna yang menarik apabila dihias.

      Pavlova amat di gemari dinegara seperti Australia dan New Zealand.Walaupun dari mana asalnya yang pasti ianya amat menyelerakan dimana dan bila2 masa.Pelbagai resepi yang boleh kita pilih untuk membuatnya,dari internet,buku2 resepi,semua anda boleh cuba,disini saya ingin kongsikan resepi yang telahpun di uji di dapur Chef Radzi Academy waima di Shangrila hotel tempat saya bekerja dahulu.

     Untuk menghasilkan meringue yang cantik dan menjadi,paling penting ialah mangkuk pengadun must free from oil,maksudnya mesti dicuci bersih,dilap kering dan putih telur yang digunakan adalah segar,suhu bilek(boleh direndam dalam air suam)selama beberapa minit.pastikan putih telur tidak bercampur dengan yolk apabila dipecahkan kerana ianya akan mempengaruhi penhasilan meringue tadi.Jangan bazirkan yolk anda,ianya boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis masakan seperti pudding,pastry cream dan lain2.salah satu tip yg saya perolehi dasripada bekas student saya Izma azmira ialah untuk mengelakkan permukaan yolk tadi  menjadi kering , taburkan dengan sedikit gula hasilnya menjadi !selalunya ia akan menjadi kering dan membazir tanpa digunakan.Thanks Azmira diatas perkongsian ilmu tadi.inilah yy dikatakan ilmu yang dimanafaatkan,walaupun Nampak kecil tapi ganjarannya MasyaAllah!Allah yang maha mengetahui.

     Di sini saya akan berikan resepi Pavlova yg telah diuji di daput CRA dan ilmunya sudahpun sampai kepada bekas student saya,saya pasti mereka merelakan jika resepi ini menjadi hak umumapapun saya pasti ALLAH lebih mengetahuinya dan sama sama kita mendapat rahmat dan barokahNya.

     Untuk makluman anda tidak semua resepi favorite terkini akan saya kongsikan bersama.Ini adalah untuk menjaga hati bakal dan bekas student saya.harap maklum!!!!

                                                                               PAVLOVA

Meringue.
Bahan bahannya.
250gm               putih telor     )   1
150gm               gula caster    )    1
100gm               gula caster    )    2
 150gm              gula caster    )     3
100gm               tepung jagung   ) 3

Cara-caranya.

1.pisahkan putih telor dari yolk dengan berhati-hati,elakkan kuning telor bercampur dengan putih.masukkan gula caster dan pukul perlahan-lahan selama 2minit.pukul lagi dengan kelajuan maksima.
2.apabila telah kembang masukkan caster sugar yang kedua sedikit demi sedikit dengan kelajuan maksima.pada stage ini kita akan Nampak putih telur mengembang membentuk meringue.
3.tambahkan caster sugar yang dicampur dengan tepung jagung(yang ke 3)sedikit demi sedikit dengan kelajuan yang sama +-5 minit.meringue akan terbentuk(bertanduk).
4.angkat dan masukkan kedalam piping bag atai disapu dengan spatula diatas permukaan grease proof paper yang telah ditekap dengan pensil berbentuk bulatan dengan saiz yang disukai.untuk mendapat mini pavlova anda boleh membuat saiz yang kecil.Letakkan diatas tray.buat dua keeping.
5.panaskan dengan kepanasan suhu 150 C selama 30 minit.Anda boleh juga gunakan suhu yang rendah dan dibakar dalam tempoh yang lama .Selalunya saya akan gunakan kepanasan suhu apabila selesai menggunakan oven.jika keperluan tidak mendesak.tetapi jika memerlukan permintaan cepat gunakan kepanasan suhu 150 C-30 minit.***Biasanya bila membakar dengan suhu yang rendah dan tempoh yang lama ianya akan menghasilkan meringue yang putih dan mulus.Ini merupakan hasil pengalaman saya.(WORK FROM EXPERIENCE).
6.angkat dan sejukkan.

UNTUK HIASAN

Bahan-bahan
500ml whipping cream-saya suka gunakan brand RICH-lebih pekat.
100ml air ais-kedua2 dipukul sehingga kembang.
Buah-buahan import(strawberry,blueberry,kiwi,peach,grapes pelbagai warna.dipotong mengikut kesukaan.
200gm cooking chocolate +100ml susu cair-dipanaskan  dan kacau sebati.

Cara-caranya.
1.letakkan lapisan meringue diatas cake board dan letakkan  diatas lazy susan.sapukan chocolate cair diatasnya.sapu atau paipkan whipped cream seluruh permukaan meringue tadi.jangan terlalu tebal susun atau letakkan hirisan buah-buahan peach diatasnya secara random.sapu atau paipkan cream diatasnya.takkan lapisan meringue kedua diatas permukaannya,boleh disapu chocolate jika mahu.paipkan dengan whipped cream hingga rata.Boleh juga disapu di sekelilingnya.cara ini memerlukan penggunaan whipped cream yg banyak.letakkan buah-buahan tadi secara random,saya lebih suka begini kerana   nampak lebih natural.semuanya bergantung pada kreativiti anda.untuk menampakkan lebih segar saya suka gunakan instant lelly yang dipanaskan dengan air,atau apricot gel dicampurkan air.sapukan atas permukaan buah-buahan tadi.memang ada perbezaannya,lebih segar.

     Disini saya sertakan gambar pavlova yang saya buat special dengan menggunakan resepi tadi untuk meraikan hari lahir anak angkat kami FARAH INAZ baru2 ini,so,inilah hasilnya!!CANTIK,TEMPTING! SEDAP!YUMMY!.CUBALAH RASA PASTI BEST!SELAMAT MENCUBA!!!

Jika ada apa pertanyaan atau permasalahan mengenainyaboleh hubungi saya,LnsyaAllah saya akan membantu sedaya mungkin.Saya akan kongsikan  pelbagai jenis masakan untuk tatapan anda nanti!

     Izinkan saya mengundur diri dahulu untuk kali ini.saya akan update lagi dari masa ke semasa walaupun bukan hari2,InsyaALLAH.Ini disebabkan kesibukan saya mengadakan road tour bersama Nestle.jumpa lagi dilain waktu,Wassallam!!!



No comments: