ABOUT CRPB

ASSALAMUALAIKUM.

SALAM PERKENALAN DIUCAPKAN PADA ANDA.TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA. SAYA MERUPAKAN FREELANCE CELEBRITY CHEF, BERASAL DARI PERMATANG RAMBAI, PENAGA, BUTTERWORTH, PULAU PINANG.
DIBESARKAN DI PASIR GEBU. MENDAPAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN PASIR GEBU DAN PENDIDIKAN MENENGAH DI SEK MEN SRI MUDA, PENAGA (1976-1980)

BEKERJA SEBAGAI SEORANG PELAYAN HOTEL DI BUTTERWORTH (HOTEL MERLIN). AKHIRNYA MELANJUTKAN PELAJARAN DI INSTITUT PERHOTELAN & PELANCONGAN DI PUSAT DAYA PENGELUARAN NEGARA(PDPN) DI JALAN SULTAN,PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN SELAMA DUA TAHUN. (1984-1985)

Selepas tamat pengajian di PDPN saya ditawarkan berkerja di hotel Shangrila Inn Penang dalam bidang pasteri n bakeri. Dengan berbekalkan pengalaman dalam bidang perhotelan saya membuka perniagaan kek dan roti serta mengendalikan pelbagai kursus masakan dengan menubuhkan syarikat Chef Radzi Academy bertempat di Permatang Pauh, SPT.

Chef Radzi Academy banyak mengadakan pelbagai kursus masakan di seluruh Malaysia, Sabah, Sarawak dan Negara Brunei Darussalam. Diantaranya bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Mara, Perda (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang), panel chef untuk Pusat Urus Zakat Pulau Pinang juga  program masakan bersama WHI, NONA, TV3, TV1 dan TV2. 

BERKESEMPATAN MENGADAKAN DEMONSTRASI MASAKAN KEMERATA TEMPAT DALAM DAN LUAR NEGARA seperti Negara Brunei Darus Salam, Indonesia, dan Restoran Mawar di Kota London, United Kingdom. Dengan berbekalkan pengalaman lebih kurang 20 tahun  saya dilantik sebagai duta masakan FAMA wilayah utara. Oleh itu dengan ilmu dan pengalaman yang ada saya terpanggil untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama anda yang berminat untuk mengikuti  kursus-kursus masakan yang ditawarkan oleh Chef Radzi Pastry & Bakery Sdn Bhd. Yang ditubuhkan pada 2009. Terima kasih diucapkan di atas sokongan anda.

Wassalam. Chef Radzi. CUBALAH RASA PASTI BEST!!